6

Khamis, 12 Jun 2014

Hubungi Kami


Untuk sebarang pertanyaan, maklumbalas, komen atau cadangan sila ajukan kepada kami melalui :




Alamat
INSTITUT DELTA SEMARAK
2-7-1 Menara KLH BUsiness Center,
No.2 Jln. Kasipillay, Batu 2 1/2 Off Jln. Ipoh,
51200 Kuala Lumpur.
                           




Nombor Telefon
03-2631 1996



Nombor Faks
03-2631 1995

Emel
deltasemarak@gmail.com




Peta Lokasi Institut



































LATAR BELAKANG INSTITUT


PENGENALAN

Institut Delta Semarak telah didaftarkan sebagai Delta Semarak Sdn Bhd pada 11 Jun 2009. Perniagaan utama kami adalah menawarkan latihan kemahiran teknikal dalam bidang elektrikal dan elektronik kepada pelajar dan juga pekerja yang memerlukan peningkatan kemahiran. Kami telah mendapat pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah Kementerian Kerja Raya.
Syarikat ini telah ditubuhkan hasil daripada idea dan usaha beberapa orang pengarah kami yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang latihan kemahiran. Oleh sebab itu sejak ditubuhkan pada pertengahan tahun 2009, kami Berjaya menawarkan latihan kemahiran yang berkualiti kepada pelajar hasil dari pengurusan yang cekap dari mereka dan juga melalui pengajaran berkesan yang diberikan oleh tenaga pengajar kami yang pakar dalam bidang ini serta diiktiraf oleh pihak jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Berbekalkan pengalaman dari pihak pengurusan kami, matlamat yang jelas dalam perniagaan ini serta keyakinan dalam memberikan latihan yang berkualiti kepada pelajar, kami yakin boleh meningkatkan prestasi syarikat dengan lebih baik serta sentiasa menjadi pilihan sebagai pusat latihan teknikal yang terbaik untuk pelajar. 


VISI

Menjadi antara pusat latihan terbaik dalam bidang elektrikal dan juga bidang lain yang ditawarkan.


MISI

Menyediakan latihan kemahiran yang terbaik yang sentiasa memenuhi kehendak pasaran untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir.


AGENSI / BADAN BERKAITAN

  • Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
  • Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

Info Korporat

Permulaan

Rabu, 11 Jun 2014

BLOG DALAM PENGEMASKINIAN

TQ

PENGENALAN KURSUS

KURSUS YANG DITAWARKAN :

Institut Delta Semarak - L00362 merupakan sebuah pusat latihan kemahiran bertauliah yang berdaftar dengan JPK. Institut Delta Semarak menawarkan kursus-kursus kemahiran pada peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang Juruteknik Elektrik dan Elektronik.

PROGRAM ELEKTRIK TAHAP 2&3 - SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA :

  • EE-320-2/3 (Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Fasa Satu/Tiga
  • Tempoh latihan 12 bulan tahap 2 & 12 bulan bagi tahap 3.
  • Peluang menjalani latihan industri di tahap 3.
  • Hasilkan buku log dengan bantuan pengajar.
  • RM 9,600 Elaun Sara Hidup untuk 2 tahun bagi pinjaman PTPK.

PROGRAM ELEKTRONIK  TAHAP 2&3- SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA :

  • EE-021-2/3 (Pemasangan & Penyelenggaraan Elektronik.
  • Tempoh latihan 12 bulan tahap 2 & 12 bulan bagi tahap 3.
  • RM 9,600 Elaun Sara Hidup untuk 2 tahun bagi pinjaman PTPK.
OBJEKTIF KURSUS :


  • Melahirkan warga kerja yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam industri elektrik dan penyamanan udara bagi memenuhi keperluan semasa negara.
  • Memberi pendedahan kepada bumiputera terutama di luar bandar (yang kurang berkemampuan) untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui penguasaan kemahiran pendawaian elektrik dan pemasangan penyaman udara.
  • Meningkatkan pengetahuan dan pendedahan yang sedia ada tentang sistem pendawaian elektrik dan pemasangan penyaman udara.

  • Melahirkan masyarakat yang berilmu dan berkemahiran bagi menjana pertumbuhan ekonomi.
RASIONAL DAN JUSTIFIKASI :
  • Selaras dengan rancangan Malaysia ke-11, membasmi kemiskinan tegar, dengan wujudnya kursus ini secara langsung dapat meningkatkan peratusan budaya yang sihat di kalangan warga luar bandar yang kurang berkemampuan untuk mendalami kemahiran yang berkaitan dengan kemahiran pendawaian elektrik dan penghawa dingin.
  • Memberi peluang kepada generasi muda dalam mengembangkan minat dan meluaskan pengetahuan dalam bidang pendawaian elektrik dan penghawa dingin.
  • Ke arah pembentukan masyarakat berilmu dalam melahirkan tenaga kerja yang mempunyai tahap kerja yang tinggi dan berkualiti sebagai teras pembangunan tenaga mahir dalam bidang pendawaian elektrik dan penghawa dingin.
  • Dengan adanya perkembangan ilmu yang berasaskan kemahiran dalam bidang elektrik dan penghawa dingin, dapat meyakinkan golongan muda untuk mengisi peluang-peluang pekerjaan dalam sektor yang berkaitan sekaligus menjana pertumbuhan ekonomi negara.
  • Pembangunan kemahiran di dalam bidang elektrik dan penghawa dingin telah melahirkan opsyen baru untuk pendidikan yang lebih interaktif. Adalah wajar dengan arus permodenan kini, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini harus menjadi titik tolak bagi memenuhi keperluan seharian manusia.
NASIONAL OCCUPATIONAL SKILL STANDARD (NOSS) :

  • Setiap set modul yang dibangunkan untuk pembelajaran dalam kursus ini adalah berpandukan NOSS.
  • Singkatan daripada National Occupational Skill Standards (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan.
  • NOSS adalah dokumen yang menggariskan keterampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai keterampilan tersebut.
  • Berasaskan keperluan pekerjaan.
  • Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
  • Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan.


Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia

Dalam Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia, para pelajar dinilai berdasarkan keperluan yang telah ditetapkan di dalam NOSS. Setiap calon perlu mencapai tahap keterampilan dan memenuhi ciri-ciri kemahiran yang telah ditetapkan di dalam NOSS sesuatu program kemahiran sebelum layak dianugerahkan sijil.
Setiap pelajar akan melalui satu aliran pembelajaran yang merangkumi teori dan praktikal. Memandangkan kursus yang meliputi merupakan kursus kemahiran, 60% daripada tempoh keseluruhan latihan adalah melibatkan latihan dan pembelajaran secara praktikal.
Sistem Penilaian

Sistem penilaian bagi kursus tahap 2 dan 3 terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Kerja Kursus (Course Work) dan Peperiksaan Akhir (Final Examination). Dan setiap bahagian ini pula dinilai dari segi teori dan amali.

a) Kerja Kursus (Course Work)
Kerja kursus membawa markah sebanyak 40% daripada keseluruhan dan ianya terbahagi kepada dua komponen iaitu teori sebanyak 15% dan amali/praktikal sebanyak 25%.
Bagi komponen teori, penilaian yang dilakukan adalah penilaian pengetahuan untuk menentukan pemahaman calon tentang teori berkaitan tugasan yang perlu mereka lakukan.
Bagi komponen amali/praktikal pula, penilaian prestasi diadakan untuk menentukan pencapaian calon dalam aspek kemahiran yang telah dipelajari.
b) Peperiksaan Akhir (Final Examination)

Peperiksaan Akhir membawa markah sebanyak 60% daripada keseluruhan dan ianya juga terbahagi kepada dua iaitu peperiksaan teori (20%) dan peperiksaan amali/praktikal (40%).
Bagi peperiksaan teori, kaedah peperiksaan yang dibuat adalah ujian bertulis iaitu dalam bentuk objektif yang menilai pengetahuan kerja dan sikap kerja. Soalannya merangkumi semua duti di dalam program tersebut. Tempoh masa untuk Peperiksaan Akhir Teori adalah 1½ jam.
Bagi peperiksaan amali/praktikal, peperiksaan dibuat berasaskan kemahiran kerja dan sikap kerja. Ia merangkumi duti-duti utama di dalam program / semester tersebut. Tempoh masa Peperiksaan Akhir praktikal adalah 3 jam hingga 5 jam mengikut bidang kemahiran.

Komponen PenilaianPeratus (%)Markah Lulus Min.Skor
Kerja Kursus
15
7.5
Lulus
25
12.5
Lulus
Peperiksaan Akhir
20
15
Lulus
40
25
Lulus
Markah Lulus
60
LULUS

NCS-Core Abilities

National Competency Standard (NCS)-Core Abilities merupakan program pembelajaran teras yang wajib diikuti oleh semua calon Sijil mulai 1 Jun 2006. Standard ini digunakan sebagai pelengkap kepada NOSS sedia ada untuk menjadikan pekerja di Malaysia lebih releven dan berdaya saing dalam era globalisasi. Program Core Abilities menerapkan kemahiran generik yang perlu ada pada setiap pekerja bagi satu-satu bidang pekerjaan.

OBJEKTIF :

1. Melengkap calon dengan pengetahuan dan kebolehan teras selain daripada kemahiran dalam bidang yang diikuti.

2. Memasikan calon berdaya saing untuk memasuki pasaran kerja di dalam Negara dan pada peringkat global.

PENILAIAN

Penilaian Teori Core Ability mesti dijalankan secara berasingan (tida dibenarkan embedded dengsn program NOSS sedia ada).

Program JPK

First

Aktiviti

First