Institut Delta Semarak telah didaftarkan sebagai Delta
Semarak Sdn Bhd pada 11 Jun 2009. Perniagaan utama kami adalah menawarkan
latihan kemahiran teknikal dalam bidang elektrikal dan elektronik kepada
pelajar dan juga pekerja yang memerlukan peningkatan kemahiran. Kami telah
mendapat pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah
Kementerian Sumber Manusia serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(CIDB) di bawah Kementerian Kerja Raya.
Syarikat ini telah ditubuhkan hasil daripada idea dan usaha
beberapa orang pengarah kami yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun
dalam bidang latihan kemahiran. Oleh sebab itu sejak ditubuhkan pada pertengahan
tahun 2009, kami Berjaya menawarkan latihan kemahiran yang berkualiti kepada
pelajar hasil dari pengurusan yang cekap dari mereka dan juga melalui
pengajaran berkesan yang diberikan oleh tenaga pengajar kami yang pakar dalam
bidang ini serta diiktiraf oleh pihak jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Berbekalkan pengalaman dari pihak pengurusan kami, matlamat
yang jelas dalam perniagaan ini serta keyakinan dalam memberikan latihan yang
berkualiti kepada pelajar, kami yakin boleh meningkatkan prestasi syarikat
dengan lebih baik serta sentiasa menjadi pilihan sebagai pusat latihan teknikal
yang terbaik untuk pelajar.
VISI :
Menjadi pusat latihan kemahiran no. 1 di Malaysia.
MISI :
Menyediakan latihan kemahiran yang terbaik yang sentiasa memenuhi kehendak pasaran untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir.
OBJEKTIF :
Untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang berketrampilan dalam bidang kemahiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan