Institut Delta Semarak - L00362 merupakan sebuah pusat latihan kemahiran bertauliah yang berdaftar dengan JPK. Institut Delta Semarak menawarkan kursus-kursus kemahiran pada peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang Juruteknik Elektrik dan Elektronik.
PROGRAM ELEKTRIK TAHAP 2&3 - SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA :
- EE-320-2/3 (Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Fasa Satu/Tiga
- Tempoh latihan 12 bulan tahap 2 & 12 bulan bagi tahap 3.
- Peluang menjalani latihan industri di tahap 3.
- Hasilkan buku log dengan bantuan pengajar.
- RM 9,600 Elaun Sara Hidup untuk 2 tahun bagi pinjaman PTPK.
PROGRAM ELEKTRONIK TAHAP 2&3- SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA :
- EE-021-2/3 (Pemasangan & Penyelenggaraan Elektronik.
- Tempoh latihan 12 bulan tahap 2 & 12 bulan bagi tahap 3.
- RM 9,600 Elaun Sara Hidup untuk 2 tahun bagi pinjaman PTPK.
OBJEKTIF KURSUS :
- Melahirkan warga kerja yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam industri elektrik dan penyamanan udara bagi memenuhi keperluan semasa negara.
- Memberi pendedahan kepada bumiputera terutama di luar bandar (yang kurang berkemampuan) untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui penguasaan kemahiran pendawaian elektrik dan pemasangan penyaman udara.
- Meningkatkan pengetahuan dan pendedahan yang sedia ada tentang sistem pendawaian elektrik dan pemasangan penyaman udara.
- Melahirkan masyarakat yang berilmu dan berkemahiran bagi menjana pertumbuhan ekonomi.
RASIONAL DAN JUSTIFIKASI :
- Selaras dengan rancangan Malaysia ke-11, membasmi kemiskinan tegar, dengan wujudnya kursus ini secara langsung dapat meningkatkan peratusan budaya yang sihat di kalangan warga luar bandar yang kurang berkemampuan untuk mendalami kemahiran yang berkaitan dengan kemahiran pendawaian elektrik dan penghawa dingin.
- Memberi peluang kepada generasi muda dalam mengembangkan minat dan meluaskan pengetahuan dalam bidang pendawaian elektrik dan penghawa dingin.
- Ke arah pembentukan masyarakat berilmu dalam melahirkan tenaga kerja yang mempunyai tahap kerja yang tinggi dan berkualiti sebagai teras pembangunan tenaga mahir dalam bidang pendawaian elektrik dan penghawa dingin.
- Dengan adanya perkembangan ilmu yang berasaskan kemahiran dalam bidang elektrik dan penghawa dingin, dapat meyakinkan golongan muda untuk mengisi peluang-peluang pekerjaan dalam sektor yang berkaitan sekaligus menjana pertumbuhan ekonomi negara.
- Pembangunan kemahiran di dalam bidang elektrik dan penghawa dingin telah melahirkan opsyen baru untuk pendidikan yang lebih interaktif. Adalah wajar dengan arus permodenan kini, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini harus menjadi titik tolak bagi memenuhi keperluan seharian manusia.
NASIONAL OCCUPATIONAL SKILL STANDARD (NOSS) :
- Setiap set modul yang dibangunkan untuk pembelajaran dalam kursus ini adalah berpandukan NOSS.
- Singkatan daripada National Occupational Skill Standards (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan.
- NOSS adalah dokumen yang menggariskan keterampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai keterampilan tersebut.
- Berasaskan keperluan pekerjaan.
- Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
- Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan.
Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia
Dalam Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia, para pelajar dinilai berdasarkan keperluan yang telah ditetapkan di dalam NOSS. Setiap calon perlu mencapai tahap keterampilan dan memenuhi ciri-ciri kemahiran yang telah ditetapkan di dalam NOSS sesuatu program kemahiran sebelum layak dianugerahkan sijil.
Setiap pelajar akan melalui satu aliran pembelajaran yang merangkumi teori dan praktikal. Memandangkan kursus yang meliputi merupakan kursus kemahiran, 60% daripada tempoh keseluruhan latihan adalah melibatkan latihan dan pembelajaran secara praktikal.
Sistem Penilaian
Sistem penilaian bagi kursus tahap 2 dan 3 terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Kerja Kursus (Course Work) dan Peperiksaan Akhir (Final Examination). Dan setiap bahagian ini pula dinilai dari segi teori dan amali.
NCS-Core Abilities
National Competency Standard (NCS)-Core Abilities merupakan program pembelajaran teras yang wajib diikuti oleh semua calon Sijil mulai 1 Jun 2006. Standard ini digunakan sebagai pelengkap kepada NOSS sedia ada untuk menjadikan pekerja di Malaysia lebih releven dan berdaya saing dalam era globalisasi. Program Core Abilities menerapkan kemahiran generik yang perlu ada pada setiap pekerja bagi satu-satu bidang pekerjaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan