PENGENALAN
Institut Delta Semarak telah
didaftarkan sebagai Delta Semarak Sdn Bhd pada 11 Jun 2009. Perniagaan utama
kami adalah menawarkan latihan kemahiran teknikal dalam bidang elektrikal dan
elektronik kepada pelajar dan juga pekerja yang memerlukan peningkatan
kemahiran. Kami telah mendapat pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia serta Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah Kementerian Kerja Raya.
Syarikat ini telah ditubuhkan
hasil daripada idea dan usaha beberapa orang pengarah kami yang mempunyai
pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang latihan kemahiran. Oleh sebab itu
sejak ditubuhkan pada pertengahan tahun 2009, kami Berjaya menawarkan latihan
kemahiran yang berkualiti kepada pelajar hasil dari pengurusan yang cekap dari
mereka dan juga melalui pengajaran berkesan yang diberikan oleh tenaga pengajar
kami yang pakar dalam bidang ini serta diiktiraf oleh pihak jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK).
Berbekalkan pengalaman dari pihak
pengurusan kami, matlamat yang jelas dalam perniagaan ini serta keyakinan dalam
memberikan latihan yang berkualiti kepada pelajar, kami yakin boleh
meningkatkan prestasi syarikat dengan lebih baik serta sentiasa menjadi pilihan
sebagai pusat latihan teknikal yang terbaik untuk pelajar.
VISI
Menjadi antara pusat latihan
terbaik dalam bidang elektrikal dan juga bidang lain yang ditawarkan.
MISI
Menyediakan latihan kemahiran
yang terbaik yang sentiasa memenuhi kehendak pasaran untuk melahirkan tenaga
kerja yang mahir.
AGENSI / BADAN BERKAITAN
- Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
- Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan